SIXTH SENSE (REPOST)

“Best ke jadi orang yang ade Sixth Sense?”

“Ishh, menakutkan la. Itu kau nampak, ini kau nampak…”
 

“Best, best…Dah lama teringin jumpa dengan pontianak.”
 

“Uh…Siapa ada Sixth Sense sesuai jadi seekers!”
 

“Siapa kata best?” 

“Sixth Sense tu bukan ke nama band?”

Itulah antara beberapa pandangan orang ramai tentang Sixth Sense ataupun deria ke-6.

Apakah Sixth Sense pada pandangan anda?

Anda boleh memberikan seberapa banyak definisi tentang Sixth Sense. Anda boleh rujuk kamus kalau anda mahu. Anda juga barangkali boleh merujuk Wikipedia dan sumber-sumber yang seangkatan dengannya. Silakan…

Jika anda diberi peluang mempunyai deria ke-6 secara percuma.Adakah anda sanggup menerimanya?

Atau cuba tanyakan kepada kawan-kawan anda tentang khidmat anda untuk memberikan kelebihan deria ke-6 kepada mereka.Sudah tentu mereka akan menolaknya secara mentah-mentah.

Tapi percayakah anda kalau saya katakan bahawa anda adalah salah seorang yang memiliki 6 deria. Maksud saya anda adalah Sixth Sense, percaya? Beginilah, letih juga kalau mahu terus berteka-teki dengan anda. Saya akan terus fokuskan kepada isunya.

Tambahan, bukan sahaja anda yang memiliki 6 deria. Saya juga. Saya juga Sixth Sense. Begitu juga rakan di sebelah anda yang sedang main CS dan DOTA. Dia juga ada 6 deria.Senang cerita, kita semua ada 6 deria! Masih tak percaya?

Tapi, Apakah Deria Keenam Tu?

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Ingatlah bahawa dalam jasad ada segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan jika ia rosak maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah HATI.”
                                               
HATI:Deria keenam yang kita abaikan

Sedar tidak sedar sebenarnya setiap kita mempunyai enam deria. Antara semua pancaindera yang Allah kurniakan kepada kita, hatilah pancaidera yang seringkali kita abaikan. Manusia susah untuk memahami perihal hati. Maka manusia akan cuba mencari jawapan. Tentang persoalan yang berkait dan terpaut kukuh pada hati. Tentang persoalan cinta, benci, kasih, sayang, ikhlas, marah dan macam-macam serta pelbagai lagi. Apa yang hilang pada manusia ini sehingga dia sukar memahami bahagian dalam hidupnya ialah hatinya.

Maka bila mana dia tidak memahami soal hatinya dengan jelas, akan diwujudkan pelbagai alasan atau pelbagai sandaran…untuk menghalalkan keharaman yang terbit dari asal dalam hati. Kadang-kadang, kita meletakkan halal pada perhubungan yang haram. Mulanya dengan nasihat-menasihati. Tapi sedalam hatinya penuh muslihat. Konon menasihat.

Hati. Ya, berhati-hatilah dengan hati. Jangan sesekali kita abaikan.

Dari Mata Turun Ke Hati

Orang kata dari mata turun ke hati. Sejauh manakah kebenarannya? Kita sering tertipu dengan pandangan luaran bila menggunakan mata kepala semata-mata. Kenapa? Sebab kita tidak menggunakan mata hati. Kita mengabaikan hati. Rasulullah s.a.w berpesan supaya kita menjaga hati. Hati itulah penentu sama ada jasad kita baik atau sebaliknya. Hati itu ibaratnya seperti CPU. Komputer akan menggila kalau CPU ikut suka dia saja. Tak Begitu?

Ada orang yang:

SAKIT HATI

BUSUK HATI

HATI BATU

BAIK HATI

JATUH HATI-tapi tersungkur bila kecewa

Hati. Peranannya sangat BESAR!

Hari ni kalau kita buat baik orang tak kata:
“Wah, baiknya TANGAN kau! Terima kasih sebab tolong aku.”
Tapi sebaliknya orang akan kata:
“Wah, baiknya HATI kau! Terima kasih sebab tolong aku.”

Hari ni kalau kita buat jahat orang tak kata:
“Ishh busuknya KAKI kau. Suka KAKI kau je yek sepak kasut aku?”
Tapi sebaliknya orang akan kata:
“Ishh busuknya HATI kau. Suka HATI kau je yek sepak kasut aku?”

Lihatlah betapa besarnya peranan sang hati yang selalu kita abaikan. Semua yang kita lakukan atau tuturkan adalah cerminan hati. Perlakuan yang terbit dari hati. Apa yang akan terjadi kalau kita lemparkan hati keluar? Jadilah huru-hara dan kezaliman seperti yang berlaku saat ini. Ramai orang ada hati tapi keras membatu. Ramai orang ada hati tapi hati itu tidak dijadikan penapis dan penawar. Hati dibiarkan sunyi. Sepi sendiri.

Allah menjadikan hati supaya kita mendidiknya. Kita perlu mendidik hati ke arah keredaan Allah.  Ikhlaslah dalam setiap perlakuan, percakapan dan amal ibadah. Pentingnya fungsi hati di sini. Kenapa? Bila kita meninggalkan dunia persinggahan ini, yang akan kita bawa bukanlah Laptop, i-Phone, Kereta dan sebagainya. Yang dinilai dan diterima oleh-Nya ialah iman dan taqwa.

Diambil dan diubah dari http://azzariyat.com/sixth-sense/#more-4168

Our Beloved Prophet Muhammad S.A.W




"Oh, Muhammad! Happy Birthday,sanah helwah ya Rasulullah..We love you so much..MasyaAllah", said a boy to his mother.
"Do you think that he loves us?Although he never met us, his ummah before?", he asked.
Then his mother said, "More than you know,more than I know, more than everyone knows..Only Allah knows how much he loves us."

12 Rabiulawal 1436 Hijrah..bersamaan 3 Januari 2015 merupakan hari di mana Rasululllah SAW dilahirkan di atas muka bumi Allah ini untuk menyampaikan syariat yang Maha Esa..Sebagai pengutus dan suruhan Allah yang terakhir dalam sirah para anbiya', Maka ummah yang dilahirkan setelah baginda diutuskan menjadi rasul, setelah baginda wafat, pada hari ini dan hari yang akan datang sehingga hari akhirat merupakan umat baginda Rasulullah SAW... 

Saat-saat akhir hayat Rasulullah: 
Di saat-saat akhir hayat Rasulullah SAW,
Ketika ruhnya sudah hampir masanya untuk dijemput menemui Ilahi,
Baginda terbaring di dalam kamarnya.
Di sisinya ada Saidina Ali,Fatimah,Abu Bakar,Aishah,
Dan Jibril.
Dengan nafas yang turun naik,
Rasulullah bertanya kepada Jibril,
"Wahai Jibril,
Jelaskan hakku di hadapan ALLAH kelak."
Lalu jawab Jibril,
"Wahai kekasihku,
Sesungguhnya penduduk langit sedang menunggumu.
Dan tidak ada sesiapa yang akan memasuki syurga selagi engkau tidak memasukinya."
Ternyata jawapan Jibril tidak dapat membuatkan hati Rasulullah tenang,
Wajahnya tidak kelihatan gembira mendengar khabar itu.
Maka Jibril pun mengerti,
Bukan dirinya yang menjadi kerisauannya,
Tetapi nasib umatnyalah yang bermain di fikiran baginda,
Lantas Jibril pun berkata,
"Ya Rasulullah,
Ketahuilah,
Tidak ada satu umat pun yang akan masuk ke syurga,
Melainkaan kesemua umatmu telah memasukinya terlebih dahulu."
Maka terpancarlah sinar kegembiraan yang tak terkata pada wajah yang suci itu.
Kemudian pada saat malaikat maut hendak mencabut nyawa baginda,
Terasa suatu kesakitan yang amat dahsyat untuk ditanggung,
Sambil bergelut dengan kesakitan itu,
Rasulullah berdoa,
"Ya ALLAH,
Timpakan sahaja kesakitan ini padaku,
Jangan biar umatku merasainya."
“Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya kematian itu.”

Jibril nampak mengalihkan pandangan dari Rasulullah SAW, ketika mendengar kata-kata Beliau. Melihat sikap Jibril itu Rasulullah SAW pun berkata :

“Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka melihat wajahku?”

Jibril berkata :

“Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu di kala engkau dalam sakaratul maut ?”

Anas bin Malik RA bercerita, ketika roh Rasulullah SAW sampai di dada, Beliau bersabda :

“Aku wasiatkan kepada engkau agar kalian menjaga salat dan apa-apa yang telah diperintahkan kepadamu.”

Ali bin Abi Thalib berkata :

“Sesungguhnya Rasulullah ketika menjelang saat terakhir, telah menggerakkan kedua bibir Beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga saya dekat dengan Rasulullah, seraya Beliau berkata :

“Umatku, umatku.”


 Kita ni bertuah, lagi membertuahkan(em..) sebab kita dilahirkan sebagai umat Muhammad...Kalau nak senaraikan semua kelebihannya tak muat pula, jadi salah satu kelebihan menjadi umat Penghulu segala nabi ini ialah umat Muhammad terlebih dahulu dibenarkan memasuki syurga Allah yang tidak terkira nikmatnya itu..Umat Muhamad ni pun umat yang terbaik di kalangan umat-umat yang lain..

Kasihnya nabi kepada kita, walaupun tidak berjumpa pun dengan kita..

Situasi- situasi menyambut Maulidur Rasul:

"Labbaik!Labbaik! Labbaika Ya Allah!"

"Sallallah 'Ala Muhammad, Sallallah Alaihi Wasallam! Sallallah 'Ala Muhammad, Sallallah Alaihi Wasallam!" 

"Ya nabi salam alaika, ya rasul salam alaika,ya habib salam alaika, Salawatullah alaika!"

...Ada banyak lagi situasi-situasi yang membangkitkan semangat cinta akan perjuangan Rasulullah SAW..namun hakikatnya, betulkah kita benar-benar menghayati perjuangan baginda? Benarkah kita benar-benar cinta akan baginda?
*Okey, fikir balik semula.. -..-



                                             *gambar sekadar hiasan
Sebenarnya, belum cukup lagi kalau nak kata kita cintakan nabi hanya melalui laungan-laungan yang menggegar jiwa itu.....begitu juga dengan pertandingan perarakan yang bersemangat, mahupun ceramah yang informatif, belum tentu kita betul hayati Maulidur Rasul ini..Kata orang,.bukti belum kukuh...Nak kukuhkan bukti yang kita ni betul-betul cintakan Rasulullah? Amalkan sunnah baginda, ikut ajaran Islam yang terdapat dalam kitab Al-Quran Al-Karim..

Muslimin mahupun muslimat, semua wajib percaya dan cinta akan Rasulullah SAW,kalau tidak, tak sah imannya kerana tidak menepati rukun iman yang ke-4, iaitu percaya kepada Rasul (ok, refresh balik..)


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (QS. An Nisaa', 4:59)


Ayat al-quran di atas jarang sikit kita dengar....yang mana eh yang kita selalu dengar?

"Wahai manusia! Sesungguhnya aku meninggalkan kepada kamu sesuatu, yang bila kamu pegang ia erat-erat nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, dua sahaja: Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Wahai manusia dengarkanlah baik-baik apa yang aku ucapkan kepadamu nescaya pasti kamu bahagia untuk selamanya dalam hidupmu!"

Pentingnya untuk kita berpegang dengan alquran dan assunnah  ialah sebagai bukti Rasulullah sangat kasihkan kita. Walaupun baginda tidak lagi dapat menyampaikan dakwah kepada umat hari ini, kitab alquran dan assunnah inilah yang dapat memelihara kita hingga ke akhirnya..




Wallahu a'lam..Terima kasih..sila tinggalkan komen untuk penambahbaikan :)

Jangan Cepat Mengeluh ! (Repost)

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
 "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-         Surah Al-Baqarah ayat 45
-          
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Subhanallah, hebatkan Al-Quran...setiap masalah yang kita hadapi pasti ada jawapannya...
Semuanya berpandukan Al-Quran & As-Sunnah...
InsyaALLAH, dengan izinNYA hidup ini pasti dibawah rahmatNYA...
Ingat lagi tak Rasulullah pernah bersabda 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Aku telah tinggalkan kepada kamu perkara yang sekiranya kamu tetap berpegang teguh kepadanya maka sudah pasti kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah nabi-Nya (hadis)".


Wallahua'lam...

Segala yang baik itu daripada Yang Maha Esa,Allah SWT
yang kurang itu daripada kelemahan diri saya sendiri

Tentang Bersahabat (Repost)

TENTANG BERSAHABAT

NASIHAT IMAM SYAFIE TENTANG BERSAHABAT MELALUI NUKILAN SYAIR BELIAU...


  • SAHABAT YANG BAIK
Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan seluruh jiwa ragaku, seperti aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang sanggup bersamaku semasa suka dan duka. Jika aku temui, aku berjanji akan selalu setia kepadanya.
Aku hulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin yakin pada diri sendiri.

  • MENCARI TEMAN DI WAKTU SUSAH
Belum pernah aku temui di dunia ini seorang teman yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika duka melanda, aku sering bertanya – siapakah yang sudi menjadi temanku?. Semasa aku senang, kebiasaanya ramai orang yang iri hati. Namun, semasa aku susah, mereka pun bertepuk tangan
p/s : carilah sahabat yang berada di sisi kita di waktu suka dan duka.. ketawa bersama, menangis bersama =)

  • PASANG SURUT PERSAHABATAN
Aku boleh bergaul secara bebas dengan semua orang ketika senang. Namun ketika musibah menimpaku, aku dapati mereka tidak ubah seperti roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka akan mencemuhku, dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang sanggup menjengukku. Jika hidupku penuh kebahagian, ramai orang yang iri hati, jika hidupku berselimut derita, mereka bersorak ria.


  • MENGASINGKAN DIRI LEBIH BAIK DARIPADA BERGAUL DENGAN ORANG JAHAT
Apabila tidak aku temui teman-teman yang bertakwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku terus bergaul dengan orang-orang jahat
Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkan daripada bersahabat dengan orang yang mesti aku waspadai.
p/s : bergaul dengan orang soleh salah satu daripada cara untuk ubat hati =)

  • SUKAR DICARI TEMAN SEJATI
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikaplah seperti seorang pendeta dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka, kelak kau akan memperoleh kebaikannya.
Sepanjang usiaku yang semakin meningkat, belum pernah aku temui did unia ini teman sejati. Aku tinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejahatan dan aku tinggalkan orang-orang yang kebaikannya sedikit.

  • TEMAN SEJATI DI WAKTU LARA
Teman yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati sebagai musuh daripada sebagai teman. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada teman sejati kecuali menolong ketika kita susah.
Sepanjang hidupku, aku berjuang keras mencari teman sejati sehingga pencarianku membosankan. Aku kunjungi seribu negara, namun tidak ada satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.

  • ROSAKNYA KEPERIBADIAN SESEORANG
Dalam diri manusia ada dua jenis potensi; tiupan dan rayaun. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan meeka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.

  • MENGHORMATI ORANG LAIN
Sesiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati kerananya. Begitu juga sesiapa yang menghina orang lain, sudah tentu ia akan tersisih. Sesiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya suatu pahala. Sesiapa berbuat jahat terhadap orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

  • MENGHADAPI MUSUH
Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai perasaan dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu aku lakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.
Aku tunjukkan keramahanku, kesopananku, dan rasa persahabatan kepada orang-orang yang aku benci, sebagaimana aku tunjukkan hal itu kepada orang-orang yang aku cintai.
Manusia adalah penyakit, dan penyakit  itu akan muncul bila kita menghampiri mereka. Padahal, menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

  • TEMPAT BERGANTUNG HARAPAN
Apabila engkau menginginkan kemuliaanorangorang yang mulia, maka dekatlah orang yang sedang mencari keredhaan Allah S.W.T. Hanya orang yang berjiwa mulia sahaja yang dapat menjaga nama baik dirinya, dan selalu menghormati tetamunya, baik semasa hidup mahupun setelah mati.


  • MENJAGA NAMA BAIK
Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baikmu kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan banyak menaruh belas kasih kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat si kekasih, meskipun memerlikan usaha yang keras.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu, dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta sucu tidak dating daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan memperlihatkan hal-hal sebelumnya menjadi rahsia.
Selamat tinggal dunia jika di atasnya tidak ada lagi sahabat yang jujur dan menepati janji..


Sumber : Buku berjudul Nasihat Imam Syafie karya Muhammad ‘Alif Al-Za’by

PERHATIAN! Adakah anda,pembimbing ummah di medan penulisan?

Assalamualaikum semua,

Dengan ini sukacitanya warga mahiss semua dijemput untuk menjadi sutradara,sutradari @ penulis bagi #badarhamidiahdailyquotes

Jika anda mempunyai sebarang tazkirah atau quote menarik untuk memartabatkan dakwah islam yang hendak dimuatkan dalam koleksi#badarhamidiahdailyqoutes,anda semua boleh hantarkan tazkirah anda.dlm bentuk gambar ataupun tulisan biasa di email kami

mhamidiahbadar@gmail.com

 
Ataupun melalui direct photo pada kami di instagram.

Dalam gambar@quotes anda sertakan juga, 
Tazkirah:
Tarikh:(kalau takde pon takpe)
Penulis:(kalau dari buku boleh tulis nama buku kalau dari al quran buat surah and ayat berapa and klau antum sendiri yg buat,buatlah nama samaran) 
Kerjasama semua amat kami hargai untuk memartabatkan lagi dakwah badar mahiss melalui multimedia :) Oh,btway..quotes anda nanti akan diedit oleh badar mahiss lajnah multimedia supaya lebih menarik okay!

Syukran.Jazilan :)

#Throwback : Aktiviti Mukhtamar Sanawi 2015

Pada tahun ini,aktiviti Mukhtamar Sanawi telahpun dijalankan oleh Pihak SMKA MAAHAD HAMIDIAH KAJANG bersama dengan kerjasama yang padu daripada para pentadbir,majlis-majlis tertinggi dan murid-murid.

Mukhtamar Sanawi merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dijalankan di sekolah kami.Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk berbincang dan mencari penyelesaian berkenaan dengan masalah masalah yang dihadapi di sekolah.

Aspek-aspek yang dibincangkan pada tahun ini antaranya adalah berkenaan dengan disiplin,perihal asrama.infrastruktur sekolah dan sebagainya.

Para pentadbir sekolah telahpun bekerjasama untuk mencari idea dan penyelesaian bagi mengatasi masalah masalah yang telah dibentang oleh para ahli majlis tertinggi sekolah.

AKTIVITI MUKTAMAR SANAWI 2015

Tempat : Surau Hamidiah
Tarikh : 22 Ogos 2015



























































































Pada akhir aktiviti,gerai gerai jualan telahpun beroperasi dan ia mendapat sambutan yang hangat daripada para hadirin yang hadir :)


Sekian 
(Updated by NAHZ)