6/16/10

SIXTH SENSE

“Best ke jadi orang yang ade Sixth Sense?”

“Ishh, menakutkan la. Itu kau nampak, ini kau nampak…”
 

“Best, best…Dah lama teringin jumpa dengan pontianak.”
 

“Uh…Siapa ada Sixth Sense sesuai jadi seekers!”
 

“Siapa kata best?” 

“Sixth Sense tu bukan ke nama band?”

Itulah antara beberapa pandangan orang ramai tentang Sixth Sense ataupun deria ke-6.

Apakah Sixth Sense pada pandangan anda?

Anda boleh memberikan seberapa banyak definisi tentang Sixth Sense. Anda boleh rujuk kamus kalau anda mahu. Anda juga barangkali boleh merujuk Wikipedia dan sumber-sumber yang seangkatan dengannya. Silakan…

Jika anda diberi peluang mempunyai deria ke-6 secara percuma.Adakah anda sanggup menerimanya?

Atau cuba tanyakan kepada kawan-kawan anda tentang khidmat anda untuk memberikan kelebihan deria ke-6 kepada mereka.Sudah tentu mereka akan menolaknya secara mentah-mentah.

Tapi percayakah anda kalau saya katakan bahawa anda adalah salah seorang yang memiliki 6 deria. Maksud saya anda adalah Sixth Sense, percaya? Beginilah, letih juga kalau mahu terus berteka-teki dengan anda. Saya akan terus fokuskan kepada isunya.

Tambahan, bukan sahaja anda yang memiliki 6 deria. Saya juga. Saya juga Sixth Sense. Begitu juga rakan di sebelah anda yang sedang main CS dan DOTA. Dia juga ada 6 deria.Senang cerita, kita semua ada 6 deria! Masih tak percaya?

Tapi, Apakah Deria Keenam Tu?

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Ingatlah bahawa dalam jasad ada segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan jika ia rosak maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah HATI.”
                                               
HATI:Deria keenam yang kita abaikan

Sedar tidak sedar sebenarnya setiap kita mempunyai enam deria. Antara semua pancaindera yang Allah kurniakan kepada kita, hatilah pancaidera yang seringkali kita abaikan. Manusia susah untuk memahami perihal hati. Maka manusia akan cuba mencari jawapan. Tentang persoalan yang berkait dan terpaut kukuh pada hati. Tentang persoalan cinta, benci, kasih, sayang, ikhlas, marah dan macam-macam serta pelbagai lagi. Apa yang hilang pada manusia ini sehingga dia sukar memahami bahagian dalam hidupnya ialah hatinya.

Maka bila mana dia tidak memahami soal hatinya dengan jelas, akan diwujudkan pelbagai alasan atau pelbagai sandaran…untuk menghalalkan keharaman yang terbit dari asal dalam hati. Kadang-kadang, kita meletakkan halal pada perhubungan yang haram. Mulanya dengan nasihat-menasihati. Tapi sedalam hatinya penuh muslihat. Konon menasihat.

Hati. Ya, berhati-hatilah dengan hati. Jangan sesekali kita abaikan.

Dari Mata Turun Ke Hati

Orang kata dari mata turun ke hati. Sejauh manakah kebenarannya? Kita sering tertipu dengan pandangan luaran bila menggunakan mata kepala semata-mata. Kenapa? Sebab kita tidak menggunakan mata hati. Kita mengabaikan hati. Rasulullah s.a.w berpesan supaya kita menjaga hati. Hati itulah penentu sama ada jasad kita baik atau sebaliknya. Hati itu ibaratnya seperti CPU. Komputer akan menggila kalau CPU ikut suka dia saja. Tak Begitu?

Ada orang yang:

SAKIT HATI

BUSUK HATI

HATI BATU

BAIK HATI

JATUH HATI-tapi tersungkur bila kecewa

Hati. Peranannya sangat BESAR!

Hari ni kalau kita buat baik orang tak kata:
“Wah, baiknya TANGAN kau! Terima kasih sebab tolong aku.”
Tapi sebaliknya orang akan kata:
“Wah, baiknya HATI kau! Terima kasih sebab tolong aku.”

Hari ni kalau kita buat jahat orang tak kata:
“Ishh busuknya KAKI kau. Suka KAKI kau je yek sepak kasut aku?”
Tapi sebaliknya orang akan kata:
“Ishh busuknya HATI kau. Suka HATI kau je yek sepak kasut aku?”

Lihatlah betapa besarnya peranan sang hati yang selalu kita abaikan. Semua yang kita lakukan atau tuturkan adalah cerminan hati. Perlakuan yang terbit dari hati. Apa yang akan terjadi kalau kita lemparkan hati keluar? Jadilah huru-hara dan kezaliman seperti yang berlaku saat ini. Ramai orang ada hati tapi keras membatu. Ramai orang ada hati tapi hati itu tidak dijadikan penapis dan penawar. Hati dibiarkan sunyi. Sepi sendiri.

Allah menjadikan hati supaya kita mendidiknya. Kita perlu mendidik hati ke arah keredaan Allah.  Ikhlaslah dalam setiap perlakuan, percakapan dan amal ibadah. Pentingnya fungsi hati di sini. Kenapa? Bila kita meninggalkan dunia persinggahan ini, yang akan kita bawa bukanlah Laptop, i-Phone, Kereta dan sebagainya. Yang dinilai dan diterima oleh-Nya ialah iman dan taqwa.

Diambil dan diubah dari http://azzariyat.com/sixth-sense/#more-4168

WORLD CUP FEVER:NICOLAS ANELKA


I started playing football when I was eight years old. We used to play in the neighbourhood where I was born in Versailles. Even then, it was quite obvious that I had a talent for football, and my two elder brothers encouraged me. So did my parents, once they realised it was my ambition to be a footballer.

The very first club I joined was Tarppes – a town near Paris. From there I moved to Paris Saint-Germain. I was inspired to become a professional footballer by my brother Claude who was also a footballer.

I became a Muslim in 1995 when I was 16. My childhood friends, who were Algerians, Moroccans and Tunisians, influenced my thinking and I found their beliefs to my liking. Being a Muslim makes me have a calmer and more philosophical outlook to life. I think carefully about everything I do, and daily prayers keep me focussed. This outlook to life also keeps me protected from the challenges of fame and glamour which all top footballers face. I try to stay out of the lime-light outside of football, and I like to relax with my family – my Belgian wife Barbara and two boys called Kais and Kahil.

Though I never eat before a game, I find fasting difficult during matches as I get injuries more easily. I support charities that help the poor and sick in Africa and in a few months time I will be doing something big with a charity in the UK. Apart from my brother Claude, my biggest influence in football has been the Brazilian player Ronaldo. My childhood friends have been my biggest influence in my faith; I still keep in touch with them – some are taxi drivers and office workers.

I’m hoping France will win the World Cup this year and I’m hoping to be playing in South Africa in June. However, the best footballer in the world now is the Argentinean Lionel Messi. My most memorable football match has to be the one I played for Real Madrid against Bayern Munich in the Champion’s League semi-final in 2000: in the second leg I scored a goal that took us through to the final – which we went on to win, defeating Valencia in the Stade de France.

6/13/10

LAWATAN SMKA WATANIAH KE SMKA MAAHAD HAMIDIAH



Pada 17 April 2010 bersamaan 2 Jamadiawal 1431 Hijrah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah,Machang Kelantan telah mengadakan lawatan ke SMKA Maahad Hamidiah Kajang,Selangor. Lawatan tersebut disertai oleh ahli-ahli Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) SMKA Wataniah serta diiringi oleh beberapa orang guru. Oleh kerana lawatan tersebut diadakan pada hari Sabtu ahli-ahli Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) dan beberapa orang guru SMKA Maahad Hamidiah telah hadir bagi meraikan kedatangan rombongan tersebut.
       Rombongan SMKA Wataniah telah tiba kira-kira jam 11.30 pagi dengan menaiki bas. Rombongan telah disambut oleh ahli-ahli BADAR dan guru-guru SMKA Maahad Hamidiah dengan meriah. Kemudian rombongan telah dijemput ke Bilik Kemahiran al-Quran (KKQ) untuk aktiviti seterusnya.
       Di Bilik KKQ majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan alu-aluan Puan Marzilah binti Abd. Malik,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMKA Maahad Hamidiah. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan dari wakil guru SMKA Wataniah. Majlis diteruskan dengan persembahan multimedia oleh SMKA Maahad Hamidiah. Kemudian semua pelajar dan guru telah dijemput untuk makan tengahari di kantin serta diikuti dengan solat zohor secara berjemaah di Masjid an-Nur.
       Selepas solat zohor semua pelajar diminta berkumpul semula di bilik KKQ untuk aktiviti seterusnya.Aktiviti seterusnya ialah sesi perbincangan dan pertukaran pendapat antara SMKA Wataniah dan SMKA Maahad Hamidiah. Sebelum sesi perbincangan berlangsung, ucapan telah diberikan oleh Presiden  dan Naib Presiden 2 BADAR SMKA Wataniah dan SMKA Maahad Hamidiah. Kami telah membahagikan kepada dua kumpulan iaitu pelajar putera dan puteri. Sesi taaruf telah diadakan terlebih dahulu sebelum sesi perbincangan. Sesi pertukaran pendapat berlaku dengan lancar. Kesemua pelajar memberi idea dan pendapat yang amat bernas. Sesi tersebut ditamatkan kira-kira jam 3.00 petang.
        Setelah ketibaan semua guru, majlis penutupan diteruskan.Cenderahati telah diberikan dari SMKA Wataniah kepada SMKA Maahad Hamidiah.Begitu juga cenderahati dari SMKA Maahad Hamidiah kepada SMKA Wataniah yang diberikan oleh Puan Che Ainu. Sebelum pulang semua pelajar dan guru telah bergambar. Majlis ditamatkan kira-kira jam 3.30 petang. Rombongan SMKA Wataniah telah bertolak untuk pulang kira-kira 4.00 petang.
          Semoga ukhuwah yang terjalin dirahmati Allah SWT. "Setiap Mukmin itu Bersaudara". Maka beruntunglah orang-orang yang sentiasa menyayangi saudaranya kerana Allah SWT. 

-ketibaan guru-guru dan pelajar SMKA Wataniah, Kelantan-


-ucapan dari presiden BADAR SMKA Maahad Hamidiah-

-antara sesi yang dijalankan di bilik KKQ-
-pelajar puteri SMKAMH dan SMKAW bersama guru-guru- 


-pelajar putera SMKAMH dan SMKAW bersama guru-guru- 


-syukran SMKA Wataniah-

Wallalhu'alam. 

-Dari meja dokumentasi BADAR SMKAMH-

6/11/10

KENAL MAWI TAK???

“ Kenal Mawi tak?” seorang kanak-kanak ditanya dalam satu program televisyen.

“ Kenal.” Kanak-kanak itu menjawab dengan rasa teruja.

“ Nyanyi lagu Mawi sikit, 1,2,3….” kanak-kanak itu disuruh menyanyi lagu Mawi.

“  Kau biarkan aku sendiri meratapi nasib dalam hidupku Saleha,” kanak-kanak itu menyanyi dengan merdu dan penuh bergaya.

      Itu fenomena beberapa tahun yang lalu. Kini, jika disuruh kanak-kanak menyanyi lagu kumpulan Bunkface ke, lagu Faizal Tahir ke,Hujan ke, Justin Bieber ke, mesti mereka boleh menyanyi siap dengan gaya dan penghayatan.

      Tapi rasa-rasanya, ramai tak kanak-kanak yang mengenali al-syahid Hasan Al-Banna. Seorang insan yang syahid dalam menegakkan Islam dimuka bumi. Ketika kecil beliau sudah membaca sahih muslim. Ketika umur 10 tahun beliau sudah banyak membaca , kuat ingatannya dan mempunyai jiwa kepimpinan sejak kecil. ketika tahun 1923, beliau berusia 16 tahun dan menyambung pengajian di Universitu Darul Ulum di Kaherah. Ketika itu beliau mengambil jurusan guru.

      Hari pertama Hasan Al-Banna di universiti, beliau melihat tiada orang yang melakukan solat jemaah, malah ketika itu, surau pun tidak ada di universiti tersebut. Ketika berjalan sendirian, beliau bertemu dengan seorang tukang kebun yang sedang solat di bawah tangga. Lantas beliau bertanya mengapa tukang kebun itu solat sendirian di bawah tangga. Jawab tukang kebun itu, dia tidak mahu menggangu orang lain. Selepas itu Hasan Al-Banna mengajak tukang kebun itu solat di taman. Maka selepas itu ramai yang mengikut jejak langkah mereka untuk sama-sama solat berjemaah di taman sehinggalah sebuah masjid dibina di universiti itu.

      Pada tahun 1928, ketika itu beliau berusia 23 tahun, maka beliau berjaya menamatkan pengajian dan menjadi seorang guru di Ismailiyyah. Ketika tahun 1946 pula, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatian kepada kegiatan dakwah dengan berkesan dalam masyarakat di bandar itu. Pada mulanya beliau pergi ke masjid untuk berdakwah, tetapi kurang mendapat sambutan kerana ketika itu masjid digunakan untuk berbalah tentang hukum (khilaf). Hasan Al-Banna tidak berputus asa dan beliau pergi pula ke kedai kopi. Ketika itu keadaan di kedai kopi sungguh menyedihkan. Orang ramai melepak, minum kopi, menonton gusti. Maka beliau bertekad memberi ceramah setiap minggu di kedai kopi.

      Selepas itu datang 6 orang yang terdiri daripada tukang kebun dan petani yang mahu berguru dengan Hasan Al-Banna. Maka beliau berkata;

“ Aku tidak perlukan anak murid, tetapi aku perlukan saudara-saudara seislam yang mahu membina Islam, bekerja bersama aku bukan untuk aku.”

“ Kalau kalian mahu, mari kita mengikat janji setia untk membela Islam, buat perubahan dalam Ismailiyyah.”

      Maka selepas itu terbinalah Ikhwanul Muslimin. Ketika tahun 1943, berlaku perang di Palestin. Kerajaan membuka peluang kepada rakyat yang mahu berperang tetapi kurang sambutan. Ikhwanul Muslimin menghantar orang-orang yang mendapat tarbiyah ke Palestin untuk berjihad. Mengapa mesti orang yang mendapat tarbiyah? Kerana bukan calang-calang orang yang boleh pergi berjihad, orang yang cintanya hanya pada Allah sahaja mampu berjihad hingga ke titisan darah terakhir.

      Sejarah membuktikan bahawa dakwah bermula bukan dari alim ulama, tetapi dari golongan biasa. Dakwah juga tidak semestinya berlaku di masjid, tetapi boleh berlaku di kedai kopi. Usaha al-syahid Hasan al-Banna sepatutnya diteruskan oleh kita, generasi muda yang ada diantara kita dalam golongan professional.

     Mengapa manusia semakin mengejar dunia? Mengapa manusia semakin melupakan tokoh-tokoh agama yang menggadaikan nyawa untuk Islam? kerana mereka tidak tahu sejarah. Meraka tidak tahu bagaimana sukarnya menegakkan Islam sehingga lahir kita terus dalam Islam. Renung-renungkan, apa sumbangan kita pada agama. Apa sumbangan kita saat-saat saudara kita ditindas di Gaza. Apa peranan kita saat orang Islam kini berpusu-pusu murtad menganut agama lain. Adakah kita mahu menjadi orang yang melepak di kedai kopi? Atau kita mahu menjadi orang yang berdakwah di kedai kopi? Pilihan ditangan kita. Janji Allah pasti berlaku. Tepuk dada tanya iman.

DI MANA MALUMU?

Situasi 1

A: “Kalau ko jalan2 ngan mak, contohnya gi shopping complex ke. Pegang tangan mak tak?”
B: “Ish ko ni. Aku kan dah dewasa, takkan nak wat camtu. Malulah.”
 
Situasi 2

A: “Jomla pegi surau. Ade ceramah sket malam ni.”
B: “Takmaula. Segan. Aku kan jarang turun surau. Nanti orang kate ape plak.”

Situasi 3

A: “Eh, sejak bile ko ade Facebook ni? Bukan dulu xde ke?”
B: “Saje wat. Malulah bile awek aku tanye. Aku xde Facebook, awek aku ckp ketinggalan zaman.”

Situasi 4

A: “Ko penah gi mid pakai baju kurung x?”
B: “Ish, xde style la pakai baju kurung. Wat malu je.”
A: “Owh. Kalau pakai seluar track ngan t shirt lengan panjang?”
B: “Lagila tak. Malu.”

Situasi 5

A: “Eh, tadi bukan ko dengar lagu nasyid ke? Nape tetibe tukar?”
B: “Tu kawan aku datang. Dia tu suka lagu inggeris. Tukarla. Malu lak kalo diorang tau. Sat gi diorang ingat aku perli diorang plak.”

Situasi 6

B: “Camne nak bace ayat ni? Tanwin jumpe ngan huruf lam. Dengung ke tak eh? Tapi nak tanye sape? Batch aku takde. Junior je ade kat sini. Malu la plak nak tanye. Hurm.”

Situasi 7

A: “Nape ko tak rapat ngan die? Bukan die satu kelas ngan ko kew? Ko tak suke die ke?”
B: “Bukan. Tapi die tu kan kuat agama. Aku ni apela sangat. Malulah nak baik ngan die. Segan kalau dia tegur. ”

      Mungkin anda semua pernah berdepan dengan situasi di atas. Sama ada anda jadi pihak yang berasa malu, atau pun pihak yang bertanya. Semuanya berkisarkan tentang perasaan malu. Setiap insan dibekalkan dengan perasaan malu. Secara umumnya, malu terbahagi kepada dua. Malu yang boleh dipupuk, iaitu rasa malu kepada ALLAH dan Rasul. Yang kedua adalah malu secara fitrah. Contohnya seseorang itu berpakaian kerana malu jika tubuhnya dilihat. Rasa malu ini penting. Dengan rasa malu inilah yang akan menghalang sesorang itu melakukan sesuatu yang tak sepatutnya. Dalam Islam, malu merupakan elemen yang melengkapkan iman.

Daripada Abu Mas’uud ‘Uqbah ibn ‘Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik olehmanusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)


      Jadi , jika kita lihat balik 7 contoh situasi tadi, Si B telah melakukan perkara yang betul la kan. Sebab dia ada perasaan malu. Siapa setuju, angkat tangan. Wah, ramai juga. Tapi sesiapa yang bersetuju, cuba baca sekali lagi. Apa? Anda masih tak nampak di mana silapnya? Tak mengapa, cuba baca sekali lagi. Hurm. Masih tak kelihatan ye. Baiklah, biar saya tanyakan satu soalan, adakah Si B telah malu pada tempat yang betul? Atau dengan bahasa mudahnya, adakah alasan Si B untuk berasa malu dalam ketujuh-tujuh situasi itu relevan? Si B telah melakukan perkara yang sangat bahaya. Perasaan malunya telah diletak pada tempat yang SALAH!

      Si B rasa malu untuk memegang tangan ibunya. Kerana ia bakal mencalar imejnya sebagai seorang dewasa. Tapi mengapa kita perlu malu untuk memegang tangan orang yang telah melahirkan kita? Jika sewaktu kita masih kecil dan tiba-tiba kita berteriak menangis sewaktu berjalan-jalan di shopping complex. Ia pasti menarik perhatian orang sekeliling, malu kan? Tapi adakah ibu bapa kita akan meninggalkan kita? Kerana malu dipandang orang sekeliling? Tidak. Kerana kita adalah anak mereka dan tiada apa yang harus dimalukan. Jadi apa salahnya Si B tadi memegang tangan ibunya? Tak kiralah dia sudah sedewasa mana sekalipun. Itu bukan satu dosa, malah ada pahala yang menantinya. Tapi malangnya, bagi keadaan remaja zaman sekarang, mereka lebih berani untuk memegang tangan bukan muhrim mereka tanpa rasa bersalah. Kerana apa? Kerana rasa malu mereka salah tempatnya.

      Banyak yang dapat kita perhatikan dari mata kurniaan Allah kepada seorang hamba yang hina seperti kita ni. Ada yang malu untuk berbaju kurung ke mid valley, tapi tidak kisah tatkala memakai seluar jeans dan baju ketat yang menampakkan bentuk badan. Tidak malukah mereka tatkala tubuh mereka menjadi perhatian? Ada juga yang rasa malu bila baju yang mereka pakai ada segaris kedutan, tapi tak langsung mengambil tahu bahawa tudung yang mereka pakai itu jarang dan menampakkan rambut, tengkuk dan sebagainya. Seperti risau melihat seekor semut mahu memakan coklat, tapi tidak kisah dengan api yang sedang membakar rumah sendiri.

      Dalam situasi di atas, ada juga ketikanya Si B berasa malu jika kawannya tahu ketika dia mendengar lagu nasyid dan turun ke surau. Kerana apa? Kerana dia malu dikatakan ‘baik’ dan tunjuk alim. Takut dianggap riak. Masya ALLAH. Janganlah berfikiran begitu, kenapa kita perlu takut untuk membuat kebaikan? Sudah jelas dalam al-Quran, amar makruf nahi munkar. Kenapa kita perlu malu berbuat kebaikan? Kenapa kita dengan rela membiarkan kebaikan tewas dengan kejahatan? Sedarlah pada saat kita rasa malu untuk berbuat kebaikan kerana takut dianggap riak, kita sudahpun riak sebenarnya. Kerana apa? Kerana kita rasa perkara itu sebagai menunjuk kealiman dan kesolehan kita bukannya ikhlas kerana ALLAH dan kerana kita ini hambaNYA.

      Kalau Si B tadi risau kalau-kalau dia telah memperli kawannya, biarlah. Hanya orang yang makan sambal belacan akan terasa pedasnya. Teruslah dengan perkara baik yang telah dilakukan, niat Si B bukannya buruk. Siapa tahu, dengan rasa ter'perli' itu rakannya akan sedar. Secara tidak langsung Si B telah membawa rakannya ke arah kebaikan. InsyaAllah ada pahala untuknya. Ada juga dalam kalangan kita, malu untuk berkawan dengan orang yang berilmu kerana rasa rendah diri. Mengapa perlu rasa begitu? Bukankah kita telah diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Allah telah berfirman secara terus dalam Al-Quran. Takut untuk ditegur? Ambillah semua itu sebagai cabaran untuk membetulkan diri. Dalam situasi yang ketujuh, walaupun Si B rasa merasakan ilmu agamanya kurang berbanding rakannya, dia tak patut rasa malu. Kerana ALLAH memandang pada usaha dan bukan pada hasilnya. Yang penting ialah istiqamah. Ingatlah manusia tidak sempurna, kita sentiasa melakukan kesilapan. Cuma yang membezakan adalah bagaimana seseorang itu belajar dari kesalahannya.

      Jadi, letaklah rasa malu itu pada tempat yang selayaknya. Agar ia menjadi benteng terbaik dalam diri kita untuk tidak melakukan maksiat. Dan semoga ia menjadi alasan untuk kita lebih mendekati ALLAH. Setiap kali kita mahu berasa malu, sentiasalah berfikir adakah rasa malu betul pada tempatnya? Atau itu hanya sekadar godaan halus syaitan yang mahu memesongkan iman kita. Janganlah sehingga rasa malu itu menyebabkan kita terasa indah perbuatan maksiat yang sepatutnya dijauhi. Jika tiba saat itu, jalan kita untuk kembali akan semakin sukar..

“Maka apakah pantas orang yang dijadikan indah perbuatan buruknya, lalu menganggap baik perbuatannya itu? Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Maka janganlah engkau(Muhammad) biarkan dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka perbuat.” [Fatir, 8]
                                                      .........WALLAHUA'LAM.........