SIXTH SENSE (REPOST)

00:04 Badar Hamidiah 0 Comments

“Best ke jadi orang yang ade Sixth Sense?”

“Ishh, menakutkan la. Itu kau nampak, ini kau nampak…”
 

“Best, best…Dah lama teringin jumpa dengan pontianak.”
 

“Uh…Siapa ada Sixth Sense sesuai jadi seekers!”
 

“Siapa kata best?” 

“Sixth Sense tu bukan ke nama band?”

Itulah antara beberapa pandangan orang ramai tentang Sixth Sense ataupun deria ke-6.

Apakah Sixth Sense pada pandangan anda?

Anda boleh memberikan seberapa banyak definisi tentang Sixth Sense. Anda boleh rujuk kamus kalau anda mahu. Anda juga barangkali boleh merujuk Wikipedia dan sumber-sumber yang seangkatan dengannya. Silakan…

Jika anda diberi peluang mempunyai deria ke-6 secara percuma.Adakah anda sanggup menerimanya?

Atau cuba tanyakan kepada kawan-kawan anda tentang khidmat anda untuk memberikan kelebihan deria ke-6 kepada mereka.Sudah tentu mereka akan menolaknya secara mentah-mentah.

Tapi percayakah anda kalau saya katakan bahawa anda adalah salah seorang yang memiliki 6 deria. Maksud saya anda adalah Sixth Sense, percaya? Beginilah, letih juga kalau mahu terus berteka-teki dengan anda. Saya akan terus fokuskan kepada isunya.

Tambahan, bukan sahaja anda yang memiliki 6 deria. Saya juga. Saya juga Sixth Sense. Begitu juga rakan di sebelah anda yang sedang main CS dan DOTA. Dia juga ada 6 deria.Senang cerita, kita semua ada 6 deria! Masih tak percaya?

Tapi, Apakah Deria Keenam Tu?

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Ingatlah bahawa dalam jasad ada segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan jika ia rosak maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah HATI.”
                                               
HATI:Deria keenam yang kita abaikan

Sedar tidak sedar sebenarnya setiap kita mempunyai enam deria. Antara semua pancaindera yang Allah kurniakan kepada kita, hatilah pancaidera yang seringkali kita abaikan. Manusia susah untuk memahami perihal hati. Maka manusia akan cuba mencari jawapan. Tentang persoalan yang berkait dan terpaut kukuh pada hati. Tentang persoalan cinta, benci, kasih, sayang, ikhlas, marah dan macam-macam serta pelbagai lagi. Apa yang hilang pada manusia ini sehingga dia sukar memahami bahagian dalam hidupnya ialah hatinya.

Maka bila mana dia tidak memahami soal hatinya dengan jelas, akan diwujudkan pelbagai alasan atau pelbagai sandaran…untuk menghalalkan keharaman yang terbit dari asal dalam hati. Kadang-kadang, kita meletakkan halal pada perhubungan yang haram. Mulanya dengan nasihat-menasihati. Tapi sedalam hatinya penuh muslihat. Konon menasihat.

Hati. Ya, berhati-hatilah dengan hati. Jangan sesekali kita abaikan.

Dari Mata Turun Ke Hati

Orang kata dari mata turun ke hati. Sejauh manakah kebenarannya? Kita sering tertipu dengan pandangan luaran bila menggunakan mata kepala semata-mata. Kenapa? Sebab kita tidak menggunakan mata hati. Kita mengabaikan hati. Rasulullah s.a.w berpesan supaya kita menjaga hati. Hati itulah penentu sama ada jasad kita baik atau sebaliknya. Hati itu ibaratnya seperti CPU. Komputer akan menggila kalau CPU ikut suka dia saja. Tak Begitu?

Ada orang yang:

SAKIT HATI

BUSUK HATI

HATI BATU

BAIK HATI

JATUH HATI-tapi tersungkur bila kecewa

Hati. Peranannya sangat BESAR!

Hari ni kalau kita buat baik orang tak kata:
“Wah, baiknya TANGAN kau! Terima kasih sebab tolong aku.”
Tapi sebaliknya orang akan kata:
“Wah, baiknya HATI kau! Terima kasih sebab tolong aku.”

Hari ni kalau kita buat jahat orang tak kata:
“Ishh busuknya KAKI kau. Suka KAKI kau je yek sepak kasut aku?”
Tapi sebaliknya orang akan kata:
“Ishh busuknya HATI kau. Suka HATI kau je yek sepak kasut aku?”

Lihatlah betapa besarnya peranan sang hati yang selalu kita abaikan. Semua yang kita lakukan atau tuturkan adalah cerminan hati. Perlakuan yang terbit dari hati. Apa yang akan terjadi kalau kita lemparkan hati keluar? Jadilah huru-hara dan kezaliman seperti yang berlaku saat ini. Ramai orang ada hati tapi keras membatu. Ramai orang ada hati tapi hati itu tidak dijadikan penapis dan penawar. Hati dibiarkan sunyi. Sepi sendiri.

Allah menjadikan hati supaya kita mendidiknya. Kita perlu mendidik hati ke arah keredaan Allah.  Ikhlaslah dalam setiap perlakuan, percakapan dan amal ibadah. Pentingnya fungsi hati di sini. Kenapa? Bila kita meninggalkan dunia persinggahan ini, yang akan kita bawa bukanlah Laptop, i-Phone, Kereta dan sebagainya. Yang dinilai dan diterima oleh-Nya ialah iman dan taqwa.

Diambil dan diubah dari http://azzariyat.com/sixth-sense/#more-4168

0 comments: